Ida Saxton McKinley
Ida Saxton McKinley

Ida Saxton McKinley

Ida Saxton McKinley (8 Jun 1847 - 26 Mei 1907) adalah Wanita Pertama Amerika Syarikat dari 1897 hingga 1901. Ida dilahirkan di Canton, Ohio, anak sulung James Saxton, pengurus bank terkenal Canton, dan Katherine DeWalt. Datuknya, John Saxton, pada tahun 1815 mengasaskan The Repository, akhbar pertama dan satu-satunya kini di bandar itu. Seorang siswazah dari Brook Hall Seminary, di Media, Pennsylvania, Ida seorang yang tertib dan menarik apabila dia bertemu William "Bill" McKinley semasa berkelah tahun 1867. Mereka tidak mula berpacaran sehinggalah selepas dia pulang dari lawatan istimewa Eropah pada tahun 1869.[1] Semasa bersendirian, dia bekerja sebagai juruwang di bank ayahnya, kedudukan yang biasanya untuk lelaki ketika itu. William McKinley, berusia 27 tahun, berkahwin dengan Ida Saxton, yang berusia 23 tahun, pada 25 Januari 1871, di Gereja Presbiterian Pertama di Canton, yang masih dalam pembinaan. Berikutan majlis perkahwinan, yang dilakukan oleh Reverend E. Buckingham dan Reverend Dr. Endsley, pasangan itu menghadiri majlis resepsi di rumah ibu bapa pengantin perempuan. Presiden McKinley sangat menjaga keadaannya ibarat menatang minyak yang penuh. Dengan memcah tradisi, beliau menggesa bahawa isterinya harus duduk di sebelahnya di majlis makan malam negara dan bukan di hujung meja. Semasa menerima ucapan, dia sahaja yang duduk. Banyak kerja sosial yang biasanya digalas oleh Wanita Pertama jatuh kepada Jennie Tuttle Hobart, isteri Naib Presiden Garret Hobart. Tetamu menyatakan bahawa setiap kali Puan McKinley hampir akan mengalami sawan, Presiden perlahan-lahan meletakkan kain napkin atau sapu tangan di wajahnya untuk menyembunyikan simptomnya. Apabila sawan berlalu, dia akan mengalihkannya dan meneruskan sahaja apa yang dilakukannya seolah-olah tiada apa yang berlaku.[2]Dengan pembunuhan suaminya oleh Leon Czolgosz di Buffalo, New York pada September 1901, Puan McKinley kehilangan daya kehendaknya untuk hidup. Walaupun dia kelihatan baik pada hari-hari antara penembakan dan kematian presiden, dia tidak dapat menghadiri pengebumiannya. Kesihatannya semakin terjejas ketika dia kembali ke rumah lamanya di Canton. Dia dijaga oleh adik perempuannya. Presiden dikebumikan di Werts Receiving Vault di Perkuburan West Lawn sehingga peringatannya dibina. Ida melawat setiap hari sehingga kematiannya.[3] Beliau menjadi balu selama kurang daripada enam tahun sehingga kematiannya pada 26 Mei 1907. Dia dikebumikan di sebelah suaminya dan dua anak perempuannya di Mausoleum Memorial McKinley di Canton.

Ida Saxton McKinley

Lahir Ida Saxton
(1847-06-08)8 Jun 1847
Canton, Ohio, A.S.
Tempat persemadian McKinley National Memorial
Gabenor William McKinley
Didahului oleh Frances Cleveland
Tandatangan
Digantikan oleh Edith Roosevelt
Pasangan William McKinley (k. 1871; m. 1901)
Anak-anak 2
Sebab kematian Epilepsi dan dirumitkan oleh barbiturat yang disebabkan oleh laudanum dan lain-lain
Meninggal dunia 26 Mei 1907(1907-05-26) (umur 59)
Canton, Ohio, A.S.
Presiden William McKinley
Pendidikan Brook Hall Seminary

Berkaitan